Sabtu, 26 November 2011

Lawatan kat KL ( 11-14 November 2011)

Sekian lama dah tak update blog ni, kesian kat dia. Bukan tak mau nak update, tapi sejak kebelakangan nih, blog ni selalu bermasalah. Bila nak update ja kena tunggu lama2, dah la cek ni 'rajin' tunggu lama2. Hmm... sekali-sekala teringin jugak nak berblogg walaupun tak la pandai macam kawan2 yang lain..

Belum terlambat kot nak crita pasal lawatan tuh. cek pi lawatan tuh pun sebab syamim yang ajak pi, katanya "kalau tak pi la ni, tahun depan mungkin tak boleh pi dah". Pikiaq banyak2 dulu sama ada nak pi ka dak, kalau tak pi rugi jugak, kan selalu nak happy ngan kawan2. Tuh pun nasib baik aizat pi, kalau dak, bertuah la.

Sampai tarikh nak pi tuh ( 11 November 2011), masa yang cadang nak bertolak tuh pukui 9.30. Tapi cek ngan syamim nih spirit lebih, pukui 6 tuh dah siap sedia nak pi KL. Pi awai tuh pun ada kerja cikit. Agak2 kerja apa tuh? hmm..tak yah tau la. Kerja tuh pun hanya orang tertentu ja yang tau. haha, tapi macam mana pun tak tau hampir separuh geng laki2 yang pi lawatan tuh tau pasai kerja tuh ( apa yang mengarut ni ).

Waktu dalam bas tuh, cek duduk ngan syamim, depan kami ada mucik ngan deen, aizat plak duduk depan mucik, besa la, SAMANS tak boleh duduk jauh2..heee~ lebih kurang 6 jam lebih sikit kot, perjalanan selamat tiba di R&R Sungai Buloh. Kat situ, semua orang kena turun nak pi mandi. Terseksa jugak la nak mandi pun, bilik air tak cukup. Pertama kali la mandi dalam tandas.hahaha..kalau tak mandi dalam tuh nanti takut terlewat plak.. Tak pa, tuh boleh jadi pengalaman.

Selesai mandi semua orang pakat pi makan, tapi waktu nih geng SAMANS berpecah sat sebab cek ngan syamim tak mau makan. Orang bawak bekai la katakan. Cek ngan syamim pi la duduk kat pondok kat tepi bas tuh sambil makan roti. Yang syamim nih dok ambik gambar sana la sini la..tak pa la tak kacau cek pun. Lepas dia ambik gambar dia suruh cek tengok, tak da pa pun, nampak lampu ja.. Syamim pun ambik la lagi gambar kat situ, dan tunjuk kat cek lagi. Yang ni memang kacau cek, adoiyai~ ada  HANTU dalam gambar tuh, cek pun nak lari la sambil tu cek try nak baca ayat kursi, tapi mulut cek ni tak bole nak kata apa2 dah, terkaku habis. Syamim tuh seronok ja tengok orang takut, yang dia boleh gelak tengok hantu ( nampak sangat dia kena rasuk).
Waktu tuh cek macam nak lari tinggal dia.

Dua tiga minit duk kat situ, ada la dua orang mak cik ngan anak dara dia kot mai duk kat kami, depa dok pelawa makan kuih pau ngan depa kat pondok tuh. ( tak pa la mak cik, dah kenyang dah).
Anak dara mak cik tuh kata kat kami " bohong aih kalau orang laki2 kata kenyang".haha..bla3
lepas tuh, cek ngan syamim nih baru la nak pi jalan kat r&r tuh, nak tengok apa yang nak makan. orang lain dah habis dah makan.. Nak ringkaskan cerita, nasib baik kami dua tak kena tinggal..haha.. Semua orang dah tunggu dalam bas, TREKERING kot naik atas bas.

Perjalanan terus menuju ke Masjid Persekutuan. Kat situ sempat juga  buat solat sunat Dhuha. Kat masjid tuh lebih kurang 20 minit ja dok kat situ sebab nak pi pusat sains Negara.  Tak yah crita pun tak pa yang ni, semua orang besa pi, cek sorang ja yang baru jejak kaki kat situ kot, tak tau la orang lain macam mana.

Waktu tengah hari plak pi Berjaya Times Square. Kat situ ramai yang pi lawatan tuh nak masuk cosmo world. Hanya cek, syamim, aizat, pikah & azwa ja yang tak masuk. Pikah ngan azwa tak masuk cosmo tuh tak tau pasai pa. yang syamim takut nak masuk, katanya “takut la nak masuk, tinggi sangat” ( yang Nampak hantu kat r&r tu berani plak, aneh sungguh). Tu la pasai yang cek ngan aizat pun tak masuk. Aizat pun teringin jugak nak masuk tapi apakan daya, nanti syamim tak tau nak dok ngan sapa. Kami bertiga pun pi la berjalan kat times square tuh, kawasan dalam dia tuh ‘kecik’ sangat. Lenguh habih kaki. K-POP SHOP la yang menjadi kekerapan kami bertiga pi. Dua tiga kali pi. Kat situ aizat ngan syamim la yang berborong sakan. Penat penat penat~ huh.

Malam tuh check-in hotel. Cikgu Fariza plak bagi kebenaran kat kami semua “ nak keluar jalan kat luar ni boleh la, tapi pukui 10 mesti semua orang ada dalam hotel”. Baik cikgu!!. Tapi malam tuh memang menarik. Kali nih geng SAMANS bersama. Yeayy!! Ambik kau, seronok lebih tambah2 syuk tuh. Haha.. awat tak seronok, nak pi KLCC. Cek ni macam rusa masuk kampong pun ada, maklum la kan senan nak pi kat KLCC…hehehe.. tapi  peristiwa tak boleh di lupa kan.

Kita nak naik apa pi kat sana? Naik MONORAIL la.. orang lain pun tak naik, kami 4 ja yang naik.haha
tapi kit nak kena ambik tiket kat stesen mana? Aizat kata” KL SENTRAL”. Jom!! Yang syuk tuh tak yah kata pa la..tergedik-gedik, seronok nak naik monorail. Maklum la, dia tak penah naik.

Waktu tuh bukan main lagi mucik ngan cek dok posing atas monorail, last sekali  awat tak ambik. KLCC tuh semakin jauh dari stesen kami naik tuh. Nampak sangat la dah tersesat. Semua orang cuak tapi aizat muka stedy ja. Cek plak buat muka besa ja, tapi dalam hati takuit tak sangga. Syamim tak kata apa2, diam ja kat situ. Yang mucik plak habis muka merah, takuit la. Mucik asyik dok bebel kat aizat la “aizat, apa hang buat ni”. Aizat still rilex.  Sampai ja kat KL SENTRAL tuh, kami teragak-agak nak turun ka tak mau. Elok turun ja, mucik kata nanti telewat plak nak kena tunggu monorail nih. Cek kata “ jom naik balik, cepat2”. Memang takut la waktu tuh. Waktu nak tolak balik kat stesen tuh muka mucik la yang paling cemas. Kan pasai pa, takut tak bole keluar kot kaunter nanti.haha.. dalam monorail aizat bagi tau kat cek suruh tengok hindu mana tah dok urut bulu merak dia. Boleh aizat buat la wak lagi time tuh. Sampai ja kami kat stesen yang mula2 naik tuh, kami pun pi kot kaunter belakang bagitau kat kak yang jaga kaunter tu yang kami 4 ni tak turun kat KL SENTRAL. Kak tuh minta duit nak bagi tiket baru. Yang syamim nih try pi jolok kad yang lama, rupa2nya, kad yang lama pun boleh guna. Adoiyaii~ rugi 10 ringgit..
Orang lain semua masuk hotel dah, kami a yang masih dok kat luar, tapi awal lagi kot waktu tu.  Memang pengalaman tuh tak boleh lupa la, dah la semua geng SAMANS.haha J

Esok plak pi muzium Negara, boring kot kat situ, tapi ada wi-fi, boleh la on9..hihihi.. lepas tu pi sogo plak. Hmm macam la kita ni ‘kaya’ sangat nak pi shopping kat situ. Sunway pyramid menjadi tempat yang dituju sebelum pi kat ict shah alam. Samala kat situ pun, tempat shopping ja. Boring boring boring!!!
Kat ict memang best, kali pertama main saji, sejuk sangat. Posing sakan aih dalam tuh. Mucik asyik jatuh ja dalam salji tuh, licin sangat. Naik keta la, pelampung la. Memang best!! Aizat plak tarik pipah dalam keta mainan tuh, memang kuat la aizat. Tapi malangnya, cek terantuk kepala dengan aiman ismail, orang yang jaga keta sky tu la yang suruh naik 2 orang, sakit L. Apa pun memang best, kalu boleh nak pi lagi la. Kat situ la yang rasa tempat paling best..

Memang tak rugi la pi lawatan tuh, banyak pengalaman yang dapat. Suka duka, semuanya ada. Hmm takat tuh ja kot crita. Satu lagi, nak minta maaf kat kawan2 yang tak pi tuh sebab tak cukup olay2. Ada yang dapat da nada yang tak dapat.sorry k… kalau ada masa nanti, cek nak crita pasai lain plak, tu pun kalau rajin la,hahah…tudia aih panjang sungguh !! 

Selasa, 22 November 2011

Testing-2

yaa . saya sedang men'testing' blog kawan saya. hik2. cuba teka siapa saya ? lalalala. mana leh gitau. cari sendiri ler. haha. emm.. kalau boleh percubaan ini, bermakna saya berjaya. yaayys !

Selasa, 25 Oktober 2011

Apa2 saja lah...

hurm..biasalah, orang mula ada blogg, tak tau nak cakap pa. tak pandai sama nak guna, setakat pesbook tu tau la.. Blogg ni pun kawan baik yang buat, sappy nama dia, dah jemu dengan facebook, tu yang suruh dia buat.